SATU Blend 100% Arabica
Blend bermakna campuran dua atau lebih negara didalam satu jenis kopi. Kebiasaannya blend dicipta untuk minuman kopi yang berasaskan susu seperti 'latte', 'cappuccino' atau 'flat white'.
Tetapi tidak bermakna blend tidak boleh dinikmati dengan baik tanpa dicampur dengan susu. Ianya boleh juga diseduh menggunakan teknik manual 'brew'.
Blend yang diberikan nama SATU ini diperbuat menggunakan biji kopi 100% arabica dari Brazil Cerrado, Colombia Supremo dan juga Guatemala Santa Rosa. SATU memberikan rasa manis caramel, chocolate, cherry dan aftertaste yang seimbang.
Tahap panggangan : Medium Dark Roast
Jika jenis kisaran untuk kelengkapan kopi anda tidak tersenarai, boleh tinggalkan nota semasa check out, kami akan kisarkan mengikut kesesuaian peralatan kopi anda.
Bagi pembelian secara pukal boleh terus hubungi kami di 01162668118.
Origin
Brazil Cerrado | Colombia Supremo Guatemala Santa Rosa
Roast Level
Medium Dark Roast
Taste Note
Caramel, Chocolate, Cherry, Balanced & Sweet